jump to navigation

Sekuntum Kemboja yang Gugur November 22, 2007

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
trackback

Tiada ungkapan yang dapat dirungkaikan bagi menyatakan rasa hati. Kita masih diberi ruang untuk bermuhasabah. Perpisahan sentiasa menjanjikan yang ditinggalkan akan lebih menderita daripada yang ditinggalkan. Ia memberi ruang kepada kita untuk mengira bekal masa yang masih ada untuk memperbaiki apa yang silap dan menambahkan apa yang kurang.

Pemergian seorang sahabat yang selama ini banyak mencipta peluang untuk kita berfikir tentang erti perjuangan sangat memberi kesan kepada kenangan. Teman yang sentiasa dicari untuk menjadi barber, tanpa sebarang bayaran. Teman yang tak jemu mengusik supaya bangun sebelum waktu subuh luput. Teman yang sentiasa memujuk supaya mengikuti program di Taman Melewar. Teman yang rasa bersalah apabila jemaah di surau berkurangan. Teman yang dicari apabila kelibat kemeja hijaunya tidak kelihatan. Teman yang tidak pernah sanggup melihat kawannya lebih susah daripadanya. Baginya perjuangan mendaulatkan Islam adalah segalanya.

Amrillah Alimin, keikhlasanmu dalam persahabatan dapat dinilai dengan jumlah sahabat yang ramai mengiringi jenazahmu ke tanah perkuburan, penghijrahan ke alam baqa yang menjamin roh hambaNya yang beriman sentiasa berada di makam yang terindah.

Oh, Tuhan cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkannya bersama orang-orang yang bertakwa. Moga berbahagia di negeri yang kekal.

Sekuntum kemboja yang gugur, menemani dikau di pusara. Biar detik dan musim berlalu, hingga kini tiada pengganti – Hijjaz

Advertisements

Komen-komen»

1. Roslaini alimin - Julai 23, 2012

Trima ksih pd kawan2 arwah ust amri..mgmbil berat pasal ustz..trasa ngn kehilngan ust..dr adk arwah

kananyangkidal - Mei 26, 2013

Sama-sama. Beliau sentiasa dalam hati kami…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: