jump to navigation

Mengapa Fahda tak pilih yang lain…. Mei 6, 2008

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
trackback

Hari ahad adalah hari aku memilih untuk berbelanja sebanyak RM 4.70 untuk membeli  Sunday Star, NST dan Berita Minggu. Cukup untuk bacaan seminggu…. Section Two Sunday Star kat dalam bilik air selama seminggu, Motoring section kat kepala katil… yang lain tu duk bersepah dalam study room.. tak beralih selagi tak mendengar DJ rasmi umah aku menjalankan tugas membebel…Period.

Agenda sebenar posting ni ialah pasal satu coverage dalam Sunday Star, Yusmadi’s got lots of drive yang ditulis oleh Lee Yuk Peng. Kisah tentang MP Balik Pulau yang tak ada lesen kereta. Aku tak kisah pasal urusan dia dengan JPJ. Yusmadi tetap hebat walaupun tak ada lesen. Tapi yang lebih hebat adalah isterinya, Fahda Nur Ahmad Kamar. Pelajar terbaik UIAM, antara pendebat terbaik dunia (ulang, dunia) semasa menjadi pelajar dan antara produk terbaik yang pernah dilahirkan UIAM bawah sikit daripada AKU kalau ikut ranking. Isu: kenapa Fahda pilih Yusmadi? Sedangkan dia menjadi pujaan ramai. Rahsia ini terbongkar hari ahad lepas.

“We lead a very simple life. I married him because he is the only mentally-stimulating man I met,” added Fahda, who described her husband as one who was more into politics and books than cars and video games.

Ulang… he is the only mentally-stimulating man I met…  waduh.. wahai pelajar UIAM yang satu batch dengan aku, khususnya yang ambil Law dan sesiapa yang pernah berjumpa dengan Fahda, anda semua not mentally-stimulating men. Tidur dulu….. cakap banyak dapat bilik sebelah Raja Petra dekat Sungai Buloh.

Komen-komen»

1. spekulator - Mei 12, 2008

waduh3…. kecilnya duniamu Fahda.

2. GPI SKSV - Ogos 11, 2008

Kesian…
Agaknya apa pula alasan isteri kita memilih kita?

3. elsie - November 23, 2008

she wouldn’t say that if she ever met dr hezri adnan…

Ghiyathuddin Halim - Disember 16, 2010

Hezri was my classmate… U know him?

Elsie - Mac 11, 2013

He’s a close friend of my brother’s 🙂

4. anakdidik - Disember 11, 2008

how about brother ashraf wajdi dasuki?

5. mohd asbi - Disember 26, 2008

aku cukup mcm nak tergelak membaca tulisan di atas. pertama: walaupun cgpa tinggi sekalipun, ia hanya menjadi bukti kepada kemampuan pemiliknya- yang sangat mahir mengingat fakta dan menjawab soalan peperiksaan.

02. mungkin fahda tidak luas sekali perkenalannya (mana mungkin dengan segala kesibukkan). maka tidak kenallah beliau pelajar dari jurusan sains politik, falsafah, sosiologi, ekonomi, syariah dsb yang mencakup bidang yang jauh lebih luas dari bidang undang2 yang menekan kemahiran mengingat undang2 itu sendiri.

03. mungkin dia belum sempat berkenalan dgn brother2 uia hs, econ dan syariah yang jauh lebih luas ilmu dan pemikiran.

04. jarang kita boleh kenal seseorang itu boleh menunjukkan pemikirannya dalam perbualan semasa bersahabat- menunjukkan suaminya dulu memang suka bercakap mcm itu dgn member2nya (mungkin)

6. mohd asbi - Disember 26, 2008

apalah istimewanya budak fahda nur nie sampai hangpa semua dok cerita pasal dia? dia mesti senyum panjang mcm celebrity mana entah bila baca tulisan saudara2 semua

7. mohd asbi - Disember 26, 2008

ada pun insan2 yang boleh merangsang minda yang pernah saya temui ialah:

a) harith zalkapli. (budak hs political science.peringkat uia)
b) farish a noor. (peringkat msia)

sebab saya pilih nama2 di atas ialah saya pernah baca tulisan2 mereka di atas. harith biasa menulis di akhbar siasah, farish pula biasa menulis buku.

Insan2 yang boleh meransang minda biasanya memilikki idea2 dan ilmu (dikatakan) tidak sabar untuk berkongsi buah fikiran dgn orang lain- lantaran mungkin itulah yang yusmadi suka buat bila bersama kawan-kawan termasuk fahda.

mungkin ada baiknya yusmadi menulis sahaja di mana-mana surat khabar. tengok samada dia boleh cabar kedudukan harith di mata saya.

hebat sangatkah yusmadi ini? nak juga saya merangsang minda saya ni. takanla nak merangsang minda bini dia saja? elok dia merangsang minda seluruh rakyat malaya dengan buah fikiran dan tulisan.

maka kalau yusmadi kalah dengan harith zalkapli atau farish, bolehlah saya perasan betapa tingginya taste minda saya berbanding minda fahda- walaupun cgpa saya taklah tinggi.

bukan pula nak cabar yusmadi. tapi kalau nak kata mcm tu, terserahla…….

kawan2nya boleh turunkan saja alamat blog yusmadi di sini. mungkin hebat pemikiran dia hingga dia sudah pun sedang menghebahkan dalam alam cyber.

8. mede - Disember 28, 2008

1. Mata dan fikiran mampu merungkai penilaian peribadi…bukan penilaian majoriti… Yusmadi hebat dari segi pemikiran dan ideanya bernas (rujuk wawancara dengan Astro Iwani) hujahnya lebih bernas dari Khairy Jamaluddin (Astro Iwani lagi).
2. Haris Zalkapli – beliau dalam liga yang berbeza, perbandingan dengan Yusmadi tidak memberi keadilan kepada Haris. Saudara Haris seorang yang kritis dan membina tapi dari sisi dunia gelap. kenapa? maksud gelap di sini ialah beliau tidak suka menonjolkan diri, tapi tulisan beliau penuh dengan keikhlasan dan menunjukkan diri beliau yang sebenar. Mungkin Lutfi lebih cocok untuk menjadi bos Haris bukannya MSO.
3. Farish Noor – Insan yang terlalu inginkan kebebasan akademik tetapi tak mampu mengawalnya. Ideanya hebat dan berani mencuba ideo baru dalam sosio-budaya-ekonomi semasa. Agak Utopia.

9. mohd asbi - Januari 3, 2009

satu penelitian yang menyeluruh dan hebat, saudara mede…

10. izani - Januari 22, 2009

kenapa harus mempertikaikan judgment seseorang dari mata kasar masing2? setiap orang mempunyai identiti tersendiri dan unik, tiada bandingan dan tidak boleh dibeda-bedakan.Hanya allah yang berhak menilai ciptaannya. Untuk fahda dalam perjalanan kehidupan semasanya Yusmadi adalah yang terbaik dan tidak bermakna yang lain lebih rendah dari suaminya.Cinta ni bukan setakat you meet the greatest guy and get married. You also need the love and “spark”. Without it…every guy would be the same as the rest of them.

p/s: yes, yusmadi pun columnist newspaper dah lama..maybe you all tak jumpa…the you should read the newspaper thoroughly ;). website, blog and others..just search his name kat pakcik google…nanti keluar la results…:)

11. RandomThoughts - Julai 11, 2009

Seb baik Fahda tak pernah jumpa aku kat UIA… kalau tak, tak larat aku nak ngelak dia sebab ramai org kata, aku ni mental dan stim.

12. taqs - Julai 6, 2011

Aku pernah menjadi pemuja Fahda Nur sewaktu di UIA, dulu hehehe.. adale peluang untuk mendekatinye.fizikalnye memang cantik dan menawan.kekira populariti dia ni sama ngan Nurjuma la adik Ipar PM Najib.
Ada sekali aku dapat la pi ngan dia dalam satu bas ke Restoran Titiwangsa sebb debate club ada buat annual dinner. Adala aku berbual ngan dia … berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku (background aku psikologi)…ciri-ciri aku ngan dia tak leh gi… dia terlalu ideologis … sedangkan aku perlukan seorang isteri yg soft, kemelayuan nye tinggi dan suka dok kat rumah…kalau aku teruskan gak alamat aku peluk batal tiap-tiap malam la hehehe. Tapi tang stimulating tu …!!! aku memang hebat hehehe.

kananyangkidal - Januari 6, 2014

He..he..menarik

13. celebrities - Jun 27, 2013

I tend not to leave a response, but after reading a bunch of comments here Mengapa Fahda tak pilih yang lain.
| Kanan yang kidal. I actually do have a few questions for you if it’s okay. Is it just me or do a few of these responses look like they are written by brain dead people? 😛 And, if you are writing at additional places, I’d like to follow everything new you have to post.
Would you make a list of all of your public sites like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?

14. lady gaga - Oktober 18, 2013

We are a group of volunteers and starting a new scheme in our community.
Your website provided us with valuable information to work on.
You have done a formidable job and our whole community will be
thankful to you.


Tinggalkan Jawapan kepada mohd asbi Batal balasan