jump to navigation

You are what you think… November 27, 2011

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
add a comment

I’ve never been to any general assembly or congress of political parties except during my study days where I attended PAS’s Muktamar twice. The ambience there was some kind of rendezvous where the party members looking forward to see their long time missing comrades. In particular, the atmosphere would be more flamboyant if the event was to elect their new leaders.
Today is the last day of the PKR’s national congress where the delegates gathered in the resort believed to be owned by one of it’s VP. Interestingly, the event which was supposed to highlight the party’s vision and policies that they are offering the people, turn to be a platform expressing their discontentment towards UMNO. The challenge brought forward by the head of AMK asking UMNO to amend the constitution strictly mentioning that the premiership must only in the hand of the Malay surprisingly, created controversy among them. Finally, it required the Ketua Umum to justify the statement given by his protege. Umm…what a waste of opportunity by having all the leaders from all over the country coming to refresh their vitality with the top leaders was demotivated by this UMNO bashing speech.
Next, I’m looking forward to watch the next drama in PWTC. Hopefully, this year assembly won’t be the ‘siaran ulangan’ of previous AGM where the clowns stole the stage and the reformist fought shy of expressing their mindful speech.

Advertisements

PAS adalah parti politik, jadi sememangnya berpolitik Jun 5, 2011

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
add a comment

Petang tadi berakhirnya Muktamar PAS tahunannya. Pemilihan pimpinan baru dari Timbalan Presiden sehinggalah ke peringkat Pemuda telah menyaksikan satu pasukannya yang menarik untuk dibincangkan. Pertamanya, ia dikritik oleh UMNO. Sudah menjadi lumrah persaingan diantara kedua-dua parti ini untuk melemparkan kritikan. Namun dari satu sudut tersembunyi, ada unsur-unsur kerisauan yang dapat dibaca dalam kritikan tersebut. Wajar bagi UMNO untuk rasa tercabar dengan barisan baru pimpinan PAS ini. Faktor Mat Sabu umpamanya yang dilihat sebagai panglima perang PAS bakal memberi meletakkan PAS
lebih fokus dalam aktivisme sosialnya bagi menarik sokongan golongan muda dan juga bukan Melayu. Hubungan yang erat
diantara Mat Sabu dan pemimpin DAP juga merupakan persediaan
awal PAS apabila Anwar dipenjarakan.
Kedua, gandingan ketiga-tiga Naib Presiden merupakan mereka yang vokal dalam mengkritik dasar BN dan ia ya dipenuhi dengan fakta yang sering memeningkan UMNO. Mereka juga sering turun ke gelanggang bersama penyokong dan ahli dalam sebarang protes dan aktiviti PR.
Seterusnya, keseimbangan Presiden dan Timbalan Presiden serta Naibnya yang saling melengkapi, iaitu cara pimpinan TNG Haji Hadi yang agak konservatif dapat dilonjakkan ke arah penyesuaian politik baru yang lebih terbuka dan universal dari segi isunya dan pendekatan yang melangkaui sempadan
perkauman dengan adanya sokongan pimpinan baru.Dalam menyoroti natijah muktamar kali ini, terdapat sedikit kegusaran dengan kemenangan Nik Abduh. Semoga ianya dapat diubah dengan tanggungjawab.

No…Your are not a politician my Khalid… Julai 18, 2010

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
1 comment so far

After a long hiatus… my last posting about Selangor and Selcat …. and today my name again appear. in Mingguan Malaysia for the sleepy comment about Khalid the MB…

Telus Perlu Tulus September 22, 2009

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
add a comment

Ia mengambil masa yang agak lama untuk Dr Hassan Ali menyedari perkara ini. Namun MB, Tan Sri Khalid masih lagi dilamun mimpi sebantal dengan DAP, khususnya YB Teng yang pernah memberontak tak dapat jadi EXCO. SELCAT atau Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan lebih menonjol sebagai platform untuk membalas dendam YB Teng yang dilayan buruk semasa Selangor di bawah BN. PR adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat Selangor dalam PRU ke 12 yang lalu. Tetapi tindak tanduk mereka seolah masih menjadi pembangkang. Semangat untuk menghukum kesalahan kerajaan BN Selangor yang lalu telah mengaburi usaha memenuhi manifesto pasca Pakatan Rakyat (PR ditubuhkan hanya selepas PRU ke-12) sebelum PRU yang lalu.
Kedudukan YB Teng sebagai Speaker DUN dan juga Pengerusi SELCAT ternyata telah menimbulkan satu konflik terutama apabila melibatkan kes Ketua Pembangkang di DUN Selangor iaitu YB Dr Gigi Khir Toyo.
Kananyangkidal mencadangkan agar SELCAT ini diketuai seseorang yang boleh diterima umum – non partisan figure ala Suruhanjaya dan anggotanya terdiri daripada penjawat awam, ahli politik dan juga wakil NGO. Ia sangat penting bagi memastikan usaha kerajaan negeri bagi membentuk salah guna kuasa dapat diteruskan dan keikhlasan meeka tidak boleh dipersoalkan. SELCATmerupakan satu usaha kerajaan negeri yang mampu meraih popularti umum, namun gemburan yang dicetuskan dalam media telah menjadikan ianya semakin lama semakin tidak popular.

Maid in Indonesia September 10, 2009

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
add a comment

Apa masalah sebenar hubungan Indonesia dengan Malaysia? Jika dirujuk tindakan yang dilakukan oleh rakyat Indonesia di Jakarta dan beberapa tempat lain, ego mereka amat melampau dan tidak memahami makna nasionalisme. Tarian Pendet – menari sambil berkembam- dikatakan antara punca sedangkan dokumentari tu dibuat oleh third party. Bukan program rasmi kerajaan Malaysia. Dan besar sangat ke isu tarian sampai nak membuluh runcingkan rakyat Malaysia di sana? Mereka perlu sedar pergantungan pekerja Indonesia kepada ekonomi Malaysia. Bermula dengan pembantu rumah sehinggalah mereka yang membuat rumah dan bangunan, majoriti sekarang ini adalah rakyat Indonesia. Adakah kerana mereka tidak boleh menerima hakikat ini sehinggakan mencari alasan untuk menunjukkan kelemahan dan kekurangan Malaysia. Satu kemungkinan lagi…isu ini adalah untuk mengaburi mata rakyat terhadap isu-isu penting lain di kedua-dua negara. Deja Vu….Kananyangkidal mengalukan kenyataan oleh ketuapemudaUMNOyangtakdapatjadimenteri berhubung dengan isu ini.

Khairy: Don’t test our patience

PETALING JAYA: Indonesians should not continue to test the patience of Malaysians, said Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.

“Indonesians should understand that Malaysians are also sensitive, and get angry at hearing our country labelled negatively, and seeing our national flag burnt.

“We realise we need to understand and learn about the sensitivities of Indonesians. I hope Indo­nesians will not continue testing the patience of Malaysians because it will incite similar aggressive nationalism from us,” he said in a statement yesterday.

Angry Indonesians have been protesting daily over the use of the Balinese pendet dance in the Enigmatic Malaysia promotion by Discovery Channel.

Despite an apology by the channel to the Indonesian Government that Malaysia was clearly not at fault, some sectors in the republic refused to accept the explanation.

“I urge youth leaders of political parties and non-governmental organisations such as Himpunan Pengusaha Muda Indonesia to resolve this controversy for the benefit of Malaysia, Indonesia and the Asean region in general,” said Khairy.

He hoped rational voices from both countries would ensure that the controversy was not prolonged or led to untoward incidents.

He said recent incidents included the Jalur Gemilang being burnt at Yogyakarta university, Indo­nesian hackers attacking Malaysian websites during the 52nd Merdeka celebration and labelling Malaysia a thief, and aggressive demonstrations outside the Malaysian Embassy in Indonesia.

Khairy warned that although the extreme anti-Malaysian acts did not reflect the sentiments of the majority of Indonesians, it could lead to a souring of ties between both countries.

He added that Indonesians should also not simply accuse Malay­sians of stealing their culture, especially as both nations had a shared heri­tage through the centuries.

“I am not questioning the origin of the pendet dance, but it is impossible that we can claim certain cultural aspects as being 100% Indonesian or 100% Malaysian when the shared culture occurred even before the existence of the concept of nation, race and national boundaries as a result of foreign colonisation.

“Those who accuse Malaysia of stealing their culture should study the history and heritage of this region”

Memang sesak… Mei 16, 2009

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
2 comments

Ramai yang tanya aku, sape geng-geng Erdogen ni… mula-mula malas nak layan. Tapi aku akur…jawapannya cukup ringkas.. golongan yang terlibat dalam era Islamic Revivalism di Malaysia pada penghujung 1970 dan awal 1980-an (sila rujuk Chandra dan Zainah). Golongan yang terlibat aktif dalam IRC, JIM dan ABIM serta pimpinan mahasiswa pada waktu tersebut. Mereka taksub kepada pimpinan DSAI dan berharap agar DSAI mampu menjadi seorang PM. Namun pandangan peribadiku….takdir tak menyebelahi beliau…. golongan Erdogan perlu mencari ikon baru di kalangan mereka.

Aku kata masuk dewan masuk laa…. April 14, 2009

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
add a comment

images1

Baru nak tunjuk berani dan takut dah kena sound dengan big bos ‘satu Malaysia’ ‘ Rakyat Malaysia yang Satu’. Berani kerana nak ancam kedudukan MB, Mat ‘the gedebe’ Said, takut kerana ada orang ugut nak bunuh…eee takutmya…

Come on laa…. rakyat dah tak main dengan politik murahan macam ni… UMNO  Terengganu kena tunjuk kuat. Dulu mampu rampas dari PAS – makan nasi kawah tidur dalam khemah sama-sama demi nak menjayakan lautan biru. Letakkan kepentingan rakyat. Sebagai pemukim di negeri minyak ni, aku akui Pok Yeh lagi berbakat dalam bidang politik pemerintahan . Harap-harap ADUN Jerteh ni dapat kembali ke Wisma Darul Iman.

Aku, Khairy dan Awak-awaknya…. Mac 29, 2009

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
add a comment

Membuka jendela pada pagi pasca pemilihan UMNO terasa sepi. Kicauan burung dari hutan Bukit Bauk seakan meraikan keputusan pemilihan perwakilan. Sukar membezakan kicauan tersebut sama ada ianya benar satua keraian atau pun dalam bentuk protes ala UMNO, boooo. Ditanya pandangan, aku mudah aje menjawab bagi pemilihan pemuda, dengan izin, my dream team….. Khairy Jamaluddin (masih tanpa Dato’ dan gelaran hanya sil bagi PM yang bakal pencen) dan Naibnya Razali Ibrahim, khabarnya orang belah Mukriz merupakan gabungan yang cukup ideal. Kedua-duanya cukup berterus terang dalam isu semasa – Khairy menentang arus isu sekatan media baru dan Razali, produk UKM mampu mengemudi isu politik realis Melayu.

Bagi Presiden dan yang dibawahnya aku kurang berminat nak komen…. mungkin selepas 2 Bukit dan 1 Batang selesai beraksi…..

Memang Melayu Asli Mac 18, 2009

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
add a comment

Tok Dalit mesti bangga….bok miah pun tersenyummmm … apa taknya ada serapah jampi di bawah meja Perdana Menteri Malaysia…

(Sabahkini) – Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.
Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.

Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.

Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.

Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk.

Menurut laporan itu lagi, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.

Untuk kepastian lanjut, pasukan polis menghantar objek-objek kepada Jabatan Kimia. Hasil siasatan dilaporkan belum diketuai.

Mengulas laporan akhbar itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Bukan Peluru Pemuda, tak nampak ke keris ni…. Mac 11, 2009

Posted by kananyangkidal in Uncategorized.
add a comment

Aku malas nak campur hal Pemuda dan Karpal ‘the King’ Singh ni. Karpal ni, nak kata tak ada pengalaman politik, dah berkurun jadi ahlinya tapi macam tak faham-faham. Kalau peluru yang dihantar WAJIB bukan dari pemuda UMNO. Mungkin dari Gengster yang dia pernah bela tapi kalah kes tersebut atau dari pemuda DAP yang tak sabar nak tengok orang tua ni bersara. Karpal patut sedar, Pemuda UMNO hanya mampu kirim keris atau sarungnya sahaja, peluru ni tak main la. Keris la BODOH! (adaptasi dari It’s economy, stupid!).